SEJARAH
SEKOLAH
SMK
Seri Aman terletak di Felda Bukit Aping Barat , Mukim Ulu
Sungai Sedili di daerah Kota Tinggi. Bermula sebagai
Cawangan kepada SMK Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor. Menumpang di bangunan SK
Seri Aman, Kota Tinggi dan ditubuhkan pada 1 Januari 2001. Pada 12 Mac 2003 ia
berpindah ke tapak dan bangunan sendiri. Dilancarkan
pada 21 Julai 2003 oleh Tn. Hj. Syufaat bin Tumin, Pegawai Pelajaran Daerah
pada masa itu.
VISI
SEKOLAH LESTARI
Menjadikan SMK Seri Aman, Kota Tinggi sekolah
lestari pada tahun 2014
MISI
SEKOLAH LESTARI
Membudayakan pendidikan alam sekitar
melalui proses pendidikan tentang alam sekitar melalui tenaga pengajar yang
berketrampilan, inovasi, prasarana sekolah yang kondusif, ceria berinformasi
melalui gerak kerja bersepadu warga SMK Seri Aman dan komuniti setempat.
MATLAMAT
Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai
murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan
penghijauan secara berterusan di SMK Seri Aman, Kota Tinggi untuk mencapai
tahap Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar pada tahun 2016
OBJEKTIF
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar dibentuk bagi mencapai objektif
berikut :
- Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga SMK Seri Aman
- Meningkatkan tahap kesedaran warga SMK Seri Aman mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- Menggalakkan warga SMK Seri Aman melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan Meningkatkan kerjasama antara SMK Seri Aman dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
- Mewujudkan suasana SMK Seri Aman yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.