SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN, KOTA TINGGI, JOHOR

Penghijauan

  1. Mewujudkan 10 taman angkat di persekitaran sekolah serta member peluang kepada warga sekolah untuk memelihara taman tersebut.
  2. Amalan mesra alam dan pengurusan pelupusan bahan buangan secara terancang.
  3. Penubuhan beberapa stesen pembelajaran seperti taman herba, kaji sumber serta maklumat tentang flora dan fauna.
  4. Menjalankan program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai.
  5. Pengurusan sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan sumber.
  6. Melakukan inovasi tapak perkhemahan, baja dan racun organik.
  7. Senarai projek :

No.
Projek/Aktiviti
Pelaksanaan
1
Projek Taman Seri Arboretum (TSA)
Merupakan Taman Selamat Datang yang berukuran 0.4 hektar dan mengandungi pelbagai sepsis yang melebihi 300 pokok.
2
Projek Taman Seri Waja Diri
Menyediakan tapak perkhemahan yang ada kemudahan air paip serta dilengkapi dengan 9 stesen dan trek larian lasak.
3
Projek Taman Seri Herba
Menanam lebih 50 pokok  mahkota dewa di kawasan lapang  sekolah.
4
Projek Taman Seri Anggur
Menjalankan tanaman anggur jenis Isabella (merah gelap).
5
Projek Tanaman Sayuran Organik
Pengurusan pembinaan batas dan lainnya dibuat secara organik atau kultur.
6
Projek Penghasilan Baja dan Racun Organik

Amalan membuat dan menggunakan baja dan racun serangga organik yang diproses.
7
Projek Tadahan Air
Amalan mengumpul air hujan untuk kegunaan menyiram pokok, mencuci dan kegunaan luaran.
8
Projek Saliran Angkat
Mengusahakan satu saliran baru yang asalnya cuma aliran air limpahan daripada sistem perparitan tepi jalan masuk ke sekolah dan air kumbahan.
9
Projek Label Pokok Berinformasi
Melabel pokok yang mengandungi nama  saintifik dan tempatan serta kegunaan serta ciri-ciri tumbuhan tersebut
10
Projek Bumi Hijau
Menanam sayuran organik dan menternak ikan secara berterusan.