SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMAN, KOTA TINGGI, JOHOR

Pengenalan

SEJARAH SEKOLAH
SMK Seri Aman terletak di Felda Bukit Aping Barat , Mukim Ulu Sungai Sedili di daerah Kota Tinggi. Bermula sebagai Cawangan kepada SMK Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor. Menumpang di bangunan SK Seri Aman, Kota Tinggi dan ditubuhkan pada 1 Januari 2001. Pada 12 Mac 2003 ia berpindah ke tapak dan bangunan sendiri. Dilancarkan pada 21 Julai 2003 oleh Tn. Hj. Syufaat bin Tumin, Pegawai Pelajaran Daerah pada masa itu.

VISI SEKOLAH LESTARI
Menjadikan SMK Seri Aman, Kota Tinggi sekolah lestari pada tahun 2014

MISI SEKOLAH LESTARI
         Membudayakan pendidikan alam sekitar melalui proses pendidikan tentang alam sekitar melalui tenaga pengajar yang berketrampilan, inovasi, prasarana sekolah yang kondusif, ceria berinformasi melalui gerak kerja bersepadu warga SMK Seri Aman dan komuniti setempat.
MATLAMAT
         Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan secara berterusan di SMK Seri Aman, Kota Tinggi untuk mencapai tahap Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar pada tahun 2016
OBJEKTIF
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar dibentuk bagi mencapai objektif berikut :
  1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga SMK Seri Aman
  2. Meningkatkan tahap kesedaran warga SMK Seri Aman mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  3. Menggalakkan warga SMK Seri Aman melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan Meningkatkan kerjasama antara SMK Seri Aman dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
  4. Mewujudkan suasana SMK Seri Aman yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.